Monday, 18 April 2016

[Cerpen] Add Maths

Adzrif mengangguk tanda faham ketika cikgu Aisya sedang mengajar. Sebenarnya, jauh di lubuk hati adzrif, dia tidak paham apa apa ketika cikgu Matematik Tambahannya mengajar. Tangannya laju menyalin bulat-bulat nota di papan putih. Bukan sebab cara cikgu Aisya mengajar, tapi seratus peratus kerana kelembapan otak Adzrif.
‘Tak apa, balik dorm ni aku study lah dengan member aku. Kan senang.’ hati adzrif terdetik. Dia cuba memujuk hatinya yang gundah gulana.

“Okay kelas, latihan Success 2.7 buat semua. Boleh kan? Tak banyak pun. Dalam 12 soalan je.” Senyuman menawan daripada cikgu Matematik Tambahan cuba untuk menenangkan hati para pelajar. Adzrif sebenarnya suka akan cara mengajar dan senyuman cikgu Aisya yang menawan tetapi, kebodohan Adzrif dalam add math membuatkan dia sering tertekan.
“Adoi, banyak laa pulak. Aku dah lah ada rugby petang ni.” Ezwan, atlet yang sememangnya aktif dan dikenali semua warga bumi Tarbiyah TGB, mengeluh tanda tidak setuju.
“Cikgu, tu je ke? Hmm, terima kasih cikgu!” Munir, ketua kelas 519, cuba untuk menamatkan sesi kelas daripada menerima homework yang berlambak.
“Okaylah kelas. Sampai sini kelas kita. Pastikan kamu semua buat tau. Siapa tak buat, cikgu cubit perut. Siapa yang dah pernah rasa, tau lah macam mana sakit cubit cikgu tu. Kalau nak rasa, try lah tak siap.” Cikgu Aisya cuba memberi amaran kepada pelajar kelas 519. Cubitannya memang mengalahkan sengat seekor tebuan. Cikgu Aisya sempat menjeling tajam kepada Haliza.
“Perghh, aku kena siapkan ini. Aku dah pernah kena. Memang berbekaslah kesan cubitan 40 hari 39 malam.” Haliza berbisik dengan Lina. Lina menahan ketawa dengan mulut *ala-ala comel* kerana melihat telatah sahabatnya yang rungsing. Haliza buat muka ganasnya tatkala sahabatnya, Lina menertawakannya.
“Okayokay, stop liza. Stop the face. Sorry, sorry again. Hee, tapi kelakarlahh you tadi. Taknak try tengok cermin? You punya ‘cute’ face tu?” Lina sempat bergurau ketika Haliza sedang marah akannya.
“Iskk, Lina ni, I gigit telinga you baru tau. Kesian lahh sikit dekat I ni. Ini tak, gelakkan kat kita adalah.” Haliza seperti merajuk.
“Okayy liza. I minta maaf. Kawan? Senyum lahh sikit. I miss your cute smile tu.” Lina senyum sambil menghulurkan tangan tanda minta maaf.
“Bangun semua!” Munir berdiri memberi arahan.
“Terima kasih cikgu. Maafkan kami cikgu. Berkati ilmu kami cikgu. Kami sayanggg cikgu!” Serentak dan berlagu. Itulah budaya MRSM TGB. Ucapan terima kasih ini merupakan budaya turun temurun.
“Eh? Sekarang ni waktu physic lah. Jom kita pi lab!” Emilia mengingatkan kelas 519 untuk pergi ke Makmal Fizik. Kelam kabut satu kelas menuju ke Makmal Fizik yang berdekat dengan bangunan Dewan Laksamana. Mana tidaknya, cikgu fizik ibarat mata pedang. Silap sikit, pasti mati.
*************************************
“Alhamdulillah, dapat jugak baring jap kat atas katil.” Adzrif rebah di atas katil. Sungguh penat. Penatnya mengalahkan seorang petani bersawah pada tengah hari. Matanya hampir terlelap dek kerana tilam yang sungguh empuk ditambah pula dengan kepenatan yang amat melanda.
“Adzrif, kemas partition!” Adzrif membuka sebelah mata. Dia sudah lali dengan jeritan itu. Adil. Partition mate Adzrif yang amat pembersih. Serta amat tegas. Captain wing. Itulah jawatannya. Peranannya amat penting untuk memastikan kolej Umar ini sentiasa menjadi contoh kepada kolej lain. Tapi, yang anehnya, partition mereka amat bersih cuma langsir yang tidak terikat membuat Adil bising. Adzrif dengan malasnya bangun dan mengemaskan langsir agar kelihat kemas. Faktanya, partition mereka merupakan partition terkemas di wing ini.
“Eh, Adil. Kau pandai add mathkan? Ajar aku. Penin gila aku kat kelas tadi. Tak paham sebutir nasi pun.” Adzrif bangun dan mengeluarkan buku Matematik Tambahan berjenama Success yang boleh kira tebalnya.
“Add math? It is simple bro! Petik jari je.” Adil membuat gaya sempoinya. Adzrif tersenyum melihat telatahnya.
“Okay, function. Aku tak pahamm function ni. Terang sikit kat aku.” Adzrif memulakan sesi study group.
“Function? Bapakk senang. Cikgu ajar kau tidur eh? Hahah. Gurau je. First, kau inverse kan function then substitute je lahh. Apalahh kau ni. Tu laa, kena banyak buat latihan. Pemalas. Hahah.” Adil terang dengan gayanya. Adzrif masih tersenyum.
“Ouh, macam tu eh? Jap, awat aku buat tak dapat jawapan ni?” Adzrif terkial kerana jawapannya tidak sama dengan jawapan belakang. Dia seperti cacing kepanasan. Sungguh gelisah.
“Cuba kau check elok elok. Ada something wrong tu. Bro, aku nak chau dulu ni, ada game bola. Bye sayang. Hahaha. Ada apa apa, check buku tebal tu.” Adil siap memakai pakaian bola lalu meninggalkan Adzrif dalam keadaan terkial-kial.
“Huh?” Adzrif memandang belakang. Kelibat Adil sudah tiada. Dia meletakkan pen. Memicit bahagian tangan yang lenguh. Dia memandang katilnya.
“Hmm, katil ni nampak macam best lah.” Dia merangkak keatas katil. Dan rebah. Sungguh. Dia sungguh penat.
*******************************************
Adzrif tekun membuat latihan Matematik Tambahannya tanpa menghiraukan orang sekelilinya. Buat apa dia ingin melihat orang sekelilingnya. Semua berdekatannya lelaki. Di MRSM TGB, lelaki dan perempuan prep secara berasingan. Sebab itu lah maktab ini dipanggil bumi tarbiyah.
Halim, dari jauh melihat rakan rakannya. Tetapi perhatian lebih kepada Adzrif. Ya, Adzrif kelihat kelam disudut kelas. Halim membuka langkah menuju ke jasad Adzrif.
“Adzrif, kau okay tak ni? Ermm, kau tak paham soalan Add Math eh? Aku boleh guide kan. Aku tak lah pandai mana. But at least, I can lend my hand?” Halim, pelajar yang amat disegani. Memang layak dia memegang jawatan sebagai Presiden BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani).
“Haa, alhamdulillah. Terima kasih Allah. Okay, aku tak paham yang ini. Pasal function. Aku dah subtitute, then inverse. Tapi still tak dapat jawapan betul. Jawapan merepek adalah.” Aku cuba menerangkan situasi yang aku hadapi perlahan- lahan.
” Ohh, kalau macam ni. Kau salah substitute. Nampak tak? Kau ambik function lain ni. Tak hairanlah tak dapat jawapan. Okay, kita buat semula perlahan-lahan.” Lembut dan sedap telinga dengar. Halim mengajar bagaikan angin yang sepoi sepoi bahasa. Sangat mudah untuk difahami. Sesi study group mereka berjalan dengan lancar pada malam itu. Alhamdulillah, Adzrif berjaya siapkan soalan tersebut!
“Bro, jom makan. Lapaq laa pulak.” Halim mengajak Adzrif minum malam selesai sahaja sesi prep malam tamat pada malam itu. Adzrif mengangguk tanda setuju. Selesai kemas, mereka beredar bersama-sama.
“Bro, awat kau ajar aku add math macam paham gila eh?” Adzrif memulakan topik sambil menuju ke dewan selera putera. Halim senyum sebelum memulakan bicara.
” Mengajar Add Math ini ibarat kita berdakwah. Kita tak boleh ajar add math kasar – kasar. Sama macam dakwah. Ajar add math kita kena step by step and follow up orang tu. Sama macam dakwah. Bila kita berdakwah, kita kena follow up perkembanagan dia. Bukan tinggalkan depa . Kan?” Sangat berhikmah penerangan daripada Halim. Baginya, berhikmah perlu dalam berdakwah.
“Betul lahh. Jap, kau pernah baca novel tak? Adzrif bertanya.
***************sambungan**************

No comments:

Post a Comment