Monday 21 March 2016

KEISTIMEWAAN KAMI

KEISTIMEWAAN KAMI

  • Guru yang berpengalaman luas dalam subjek Matematik
  • Kadar yuran TERMURAH di negeri Kelantan (RM10/sejam)
  • Berhampiran dengan pusat membeli belah TESCO Kota Bharu
  • Maksimum 15 orang sekelas
SUBJEK YANG KAMI TAWARKAN 

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN

  • Foundation
  • Express 

PTDI terbuka kepada pelajar tahun 4 hingga 6 (UPSR), tingkatan 1 hingga 3 (PT3) dan tingkatan 4 hingga 5 (SPM)

Daftar sekarang kerana tempat amat-amat TERHAD!!!

Whatsapp ke no

013 918 8483
013 918 8483
013 918 8483

atau daftar secara online di link

http://tuisyendidikiklas.blogspot.my/p/pendaftaran.html

#‎PTDI‬
‪#‎TerbaikDiKalanganYangTerbaik‬
‪#‎PusatRawatandanPemulihanMatematik‬
#0139188483




Perlunya berguru jika HEBAT sekalipun


Bahkan, petinju legenda sehebat Mohammad Ali sekali pun juga memiliki jurulatih iaitu angelo dundee yang membantu ali menjadi juara dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka berdua beradu bertanding, sangat jelas sekali bahawa Angelo Dundee tidak mungkin akan menang.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa orang sehebat Mohammad Ali masih memerlukan jurulatih kalau sudah jelas dia pasti menang melawan jurulatihnya?

Ketahuilah... Bahawa Mohammad Ali perlukan jurulatih bukan kerana jurulatihnya lebih hebat, tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk melihat hal-hal yang "tidak dapat dia lihat sendiri".

Hal yang tidak dapat kita lihat dengan mata sendiri itu yang disebut sebagai "blind spot" atau "titik buta".
Kita hanya boleh melihat "blind spot" dari bantuan orang lain.

Begitu juga dalam belajar Matematik, Matematik tidak boleh belajar seorang diri kerana berkemungkinan terdapat kesilapan "blind spot" yang sukar pelajar tahu dengan sendiri.

Nak berguru dengan Pusat Tuisyen Didik Ikhlas?

Whatsapp ke no
013 918 8483
013 918 8483
013 918 8483

p/s : Sesi pertama akan bermula pada 08hb April 2016 (Jumaat) ini.

#‎
PTDI‬

‪#‎TerbaikDiKalanganYangTerbaik‬
‪#‎PusatRawatandanPemulihanMatematik‬

~credit kepada page @inspirasi hidup


Sunday 13 March 2016

Pusat Tuisyen Didik Ikhlas (PTDI) -Pusat Rawatan & Pemulihan Matematik-


Pusat Tuisyen Didik Ikhlas (PTDI) ditubuhkan pada akhir tahun 2015 kerana menyedari keperluan untuk membantu, merawat dan memulihkan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM untuk mencatat keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang. 

PTDI ini diasaskan oleh tiga anak muda yang berikrar dan berjanji untuk membantu dan menaikkan anak watan menuju kejayaan, bukan sahaja kejayaan di dunia semata-mata tetapi juga akhirat kelak.

PTDI menawarkan pembelajaran dan pengkhususan dalam subjek matematik dan juga matematik tambahan untuk pelbagai peringkat dengan kadar bayaran yang termurah di dalam pasaran institusi pendidikan swasta. 

PTDI mempunyai guru yang berkelayakan ijazah dan ke atas serta mempunyai pengalaman mengajar yang luas dalam bidang pendidikan.  Selain dalam bidang akademik, PTDI juga akan menerapkan akhlak dan moral yang baik kepada pelajar bagi memastikan para pelajar berjaya mengharungi cabaran di masa akan datang.  Berdasarkan pengalaman yang ada, PTDI dapat membantu kecemerlangan dan kejayaan pelajar dengan redha dari ilahi.

Objektif:
  • -         Melahirkan budaya pendidikan yang sihat serta meningkatkan keyakinan dikalangan para pelajar.
  • -         Membimbing para pelajar supaya lebih bersedia dan menjadi pelajar cemerlang serta bertaqwa kepada Allah.


Moto:
“Terbaik dari kalangan yang terbaik”

Visi:
Untuk menjadi sebuah institusi dan organisasi pendidikan yang melahirkan pelajar yang berprestasi cemerlang dalam pelbagai bidang dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mampu menjadi institusi berjaya serta berkembang di masa hadapan.

Misi:
  • -        Melahirkan pelajar yang berfikiran positif, ‘open minded’ dan juga mempunyai moral yang tinggi.
  • -         Mendedahkan kepada para pelajar cara yang lebih efisyen dan mudah untuk memahami pembelajaran di sekolah.
  • -         Memupuk minat pelajar agar sentiasa menimba ilmu dan menyediakan perkhidmatan persekitaran yang selesa, kondusif dan layanan mesra kepada pelajar dan juga ibubapa.
  • -          Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti serta memantau pencapaian akademik para pelajar dari masa ke semasa.


Sama-sama kita saling memanfaat dan memartabatkan pendidikan selari dengan misi kami untuk menjadikan pelajar kita lebih berdaya maju dan berfikiran positif. Semoga dengan usaha ini boleh merubah segala-galanya.