Pusat Tuisyen Didik
Ikhlas (PTDI) ditubuhkan pada akhir tahun 2015 kerana menyedari keperluan untuk
membantu, merawat dan memulihkan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan
UPSR, PT3 dan SPM untuk mencatat keputusan cemerlang, gemilang dan
terbilang.
PTDI ini diasaskan oleh
tiga anak muda yang berikrar dan berjanji untuk membantu dan menaikkan anak
watan menuju kejayaan, bukan sahaja kejayaan di dunia semata-mata tetapi juga
akhirat kelak.
PTDI menawarkan
pembelajaran dan pengkhususan dalam subjek matematik dan juga matematik
tambahan untuk pelbagai peringkat dengan kadar bayaran yang termurah di dalam
pasaran institusi pendidikan swasta.
PTDI mempunyai guru
yang berkelayakan ijazah dan ke atas serta mempunyai pengalaman mengajar yang
luas dalam bidang pendidikan. Selain
dalam bidang akademik, PTDI juga akan menerapkan akhlak dan moral yang baik
kepada pelajar bagi memastikan para pelajar berjaya mengharungi cabaran di masa
akan datang. Berdasarkan pengalaman yang
ada, PTDI dapat membantu kecemerlangan dan kejayaan pelajar dengan redha dari
ilahi.
Objektif:
- - Melahirkan budaya pendidikan yang sihat serta meningkatkan keyakinan dikalangan para pelajar.
- - Membimbing para pelajar supaya lebih bersedia dan menjadi pelajar cemerlang serta bertaqwa kepada Allah.
Moto:
“Terbaik
dari kalangan yang terbaik”
Visi:
Untuk menjadi sebuah institusi
dan organisasi pendidikan yang melahirkan pelajar yang berprestasi cemerlang
dalam pelbagai bidang dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mampu
menjadi institusi berjaya serta berkembang di masa hadapan.
Misi:
- - Melahirkan pelajar yang berfikiran positif, ‘open minded’ dan juga mempunyai moral yang tinggi.
- - Mendedahkan kepada para pelajar cara yang lebih efisyen dan mudah untuk memahami pembelajaran di sekolah.
- - Memupuk minat pelajar agar sentiasa menimba ilmu dan menyediakan perkhidmatan persekitaran yang selesa, kondusif dan layanan mesra kepada pelajar dan juga ibubapa.
- - Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti serta memantau pencapaian akademik para pelajar dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment