Sunday 6 November 2016

25 Amalan Bijak Calon Peperiksaan

Sebelum Hari Peperiksaan

  1. Mohon Restu daripada semua guru, kawan dan warga sekolah dengan meminta dihalalkan ilmu dan didoakan kejayaan.
  2. Mohon restu daripada ibu bapa
  3. Mengetahui tempat duduk dan angka giliran.
  4. Membaca, memahami jadual dan peraturan peperiksaan.
  5. Memastikan kesemua alat tulis mencukupi.

 Amalan di malam Hari Peperiksaan

  1. Solat Maghrib, Hajat, Isyak (berjemaah dengan ibu bapa/penjaga) dan ulang kaji secara santai (ingat format/formula/isi-isi penting)
  2. Semak jadual dan alat tulis (betul & lengkap)
  3. Tidur awal dan berdoa bangun awal.
  4. Solat subuh , solat dhuha dan berdoa (Surah Al Insyirah / Berselawat)
  5. Bersarapan (menu berkhasiat-makanan Sunnah).
  6. Datang awal, pakaian kemas, kasut &stoking bersih.
  7. Kawal emosi (amal zikir), bersemangat ke sekolah & elak membawa pelbagai jenis buku/nota tebal.

 Amalan di Dewan Peperiksaan.

  1. Melangkah dengan kaki kanan dan baca Bismillah.
  2. Pastikan raut wajah ceria , senyum dan bersemangat.
  3. Hormati dan patuhi arahan pengawas peperiksaan.
  4. Semak butiran kertas soalan dan butiran diri.
  5. Baca doa , ayat-ayat Al-Quran, ZIKIR HARIAN yang boleh membantu menenteramkan perasaan atau rasa panik dan mudah menjawab soalan.
  6. Jawab dengan tenang, sabar dan bersungguh-sungguh. Ingat 3T (tunjuk,teliti&tanda)
  7. Amalkan cara duduk dan pernafasan yang betul.
  8. Guna masa menjawab sepenuhnya dan tulisan kemas.
  9. Guna bahasa yang sopan jika meminta pertolongan atau ke bilik air daripada pengawas.
  10. Pastikan kertas jawapan dihantar dalam keadaan tersusun dan bersih.

 Amalan selepas peperiksaan.

  1. Ucapan terima kasih kepada pengawas.
  2. Keluar dewan secara teratur.
  3. Elak berbincang mengenai soalan atau jawapan.
 

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Credit to : http://sumberpendidikan.com/2016/08/31/25-amalan-bijak-calon-upsr-pt3-dan-spm/
Pusat Tuisyen Didik Ikhlas
'Empower Your Basic Maths'
013 918 8483