Wednesday 20 April 2016

5 TIPS MINAT MATEMATIK


 5 Tips untuk anda terapkan pada anak2 untuk minat subjek Matematik. Semoga memberi manfaat





Kalau nak pandai dalam sesuatu subjek itu, kita perlu ada minat tidak banyak sedikit pun cukup. 
Tetapi bagaimana kalau kita memang tak suka dengan subjek itu? Jadi cubalah berlakon untuk suka subjek itu dulu. 
Kemudian, buat latihan sedikit-sedikit. Jangan terus buat latihan 100 atau 200, 
mungkin akan lebih susah dan menambah kebencian kita pada subjek itu.




Matematik adalah subjek yang memerlukan latihan untuk menjadi mahir.
Ini bukan subjek  membaca. Jarang pula rasanya melihat seseorang itu membca buku teks matematik.
Apa yang perlu adalah anda sentiasa membuat latihan. Semakin banyak latihan,
maka semakin anda mahir dan yakin untuk menjawab soalan yang berkaitan.



Matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Mungkin anda tahu cara menjawab sesuatu topik tertentu,
namun mempunyai masalah menjawab dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, banyakkan membuat latihan dan catat masa
anda seperti semasa dalam peperiksaan agar anda biasa dengan tekanan masa tersebut. Maka InsyaAllah,
lama kelamaan anda akan berjaya.


Mungkin pada zaman sekarang tidak ramai anak-anak yang tahu, semasa saya masih kecil saya selalu
menonton rancangan ‘ALONG’ kerana didalamnya terdapat suatu segmen iaitu ‘Siti Sifir’ mengajar para pelajar
menghafal sifir. Pasti juga semua mempunyi  buku tulis yang di halaman belakangnya terdapat senarai sifir
dari 1 hingga 12. Hafallah. Ada yang tidak mahu menghafal kerana mereka mengatakan boleh guna kalkulator.
Ya, memang betul. Tetapi dengan menghafal sifir akan menjadikan otak lebih cepat dan cekap mengira.
Zaman zekarang banyak cara mudah menghafal sifir yang diajar. Orang yang handal matematik sealunya sangat cekap
dalam sifir.


Akhir sekali inilah yang penting, berazam dan kemahuan yang kuat untuk menjadi hebat dalam matematik
akan membantu anda. Sentiasa tanamkan azam untuk berjaya dan kuatkan semangat, jangan mudah putus asa jika anda
gagal buat kali pertama dan jangan lupa juga doalah pada yang Esa. InsyaAllah. Semoga berjaya!


Monday 18 April 2016

[Cerpen] Add Maths

Adzrif mengangguk tanda faham ketika cikgu Aisya sedang mengajar. Sebenarnya, jauh di lubuk hati adzrif, dia tidak paham apa apa ketika cikgu Matematik Tambahannya mengajar. Tangannya laju menyalin bulat-bulat nota di papan putih. Bukan sebab cara cikgu Aisya mengajar, tapi seratus peratus kerana kelembapan otak Adzrif.
‘Tak apa, balik dorm ni aku study lah dengan member aku. Kan senang.’ hati adzrif terdetik. Dia cuba memujuk hatinya yang gundah gulana.

“Okay kelas, latihan Success 2.7 buat semua. Boleh kan? Tak banyak pun. Dalam 12 soalan je.” Senyuman menawan daripada cikgu Matematik Tambahan cuba untuk menenangkan hati para pelajar. Adzrif sebenarnya suka akan cara mengajar dan senyuman cikgu Aisya yang menawan tetapi, kebodohan Adzrif dalam add math membuatkan dia sering tertekan.
“Adoi, banyak laa pulak. Aku dah lah ada rugby petang ni.” Ezwan, atlet yang sememangnya aktif dan dikenali semua warga bumi Tarbiyah TGB, mengeluh tanda tidak setuju.
“Cikgu, tu je ke? Hmm, terima kasih cikgu!” Munir, ketua kelas 519, cuba untuk menamatkan sesi kelas daripada menerima homework yang berlambak.
“Okaylah kelas. Sampai sini kelas kita. Pastikan kamu semua buat tau. Siapa tak buat, cikgu cubit perut. Siapa yang dah pernah rasa, tau lah macam mana sakit cubit cikgu tu. Kalau nak rasa, try lah tak siap.” Cikgu Aisya cuba memberi amaran kepada pelajar kelas 519. Cubitannya memang mengalahkan sengat seekor tebuan. Cikgu Aisya sempat menjeling tajam kepada Haliza.
“Perghh, aku kena siapkan ini. Aku dah pernah kena. Memang berbekaslah kesan cubitan 40 hari 39 malam.” Haliza berbisik dengan Lina. Lina menahan ketawa dengan mulut *ala-ala comel* kerana melihat telatah sahabatnya yang rungsing. Haliza buat muka ganasnya tatkala sahabatnya, Lina menertawakannya.
“Okayokay, stop liza. Stop the face. Sorry, sorry again. Hee, tapi kelakarlahh you tadi. Taknak try tengok cermin? You punya ‘cute’ face tu?” Lina sempat bergurau ketika Haliza sedang marah akannya.
“Iskk, Lina ni, I gigit telinga you baru tau. Kesian lahh sikit dekat I ni. Ini tak, gelakkan kat kita adalah.” Haliza seperti merajuk.
“Okayy liza. I minta maaf. Kawan? Senyum lahh sikit. I miss your cute smile tu.” Lina senyum sambil menghulurkan tangan tanda minta maaf.
“Bangun semua!” Munir berdiri memberi arahan.
“Terima kasih cikgu. Maafkan kami cikgu. Berkati ilmu kami cikgu. Kami sayanggg cikgu!” Serentak dan berlagu. Itulah budaya MRSM TGB. Ucapan terima kasih ini merupakan budaya turun temurun.
“Eh? Sekarang ni waktu physic lah. Jom kita pi lab!” Emilia mengingatkan kelas 519 untuk pergi ke Makmal Fizik. Kelam kabut satu kelas menuju ke Makmal Fizik yang berdekat dengan bangunan Dewan Laksamana. Mana tidaknya, cikgu fizik ibarat mata pedang. Silap sikit, pasti mati.
*************************************
“Alhamdulillah, dapat jugak baring jap kat atas katil.” Adzrif rebah di atas katil. Sungguh penat. Penatnya mengalahkan seorang petani bersawah pada tengah hari. Matanya hampir terlelap dek kerana tilam yang sungguh empuk ditambah pula dengan kepenatan yang amat melanda.
“Adzrif, kemas partition!” Adzrif membuka sebelah mata. Dia sudah lali dengan jeritan itu. Adil. Partition mate Adzrif yang amat pembersih. Serta amat tegas. Captain wing. Itulah jawatannya. Peranannya amat penting untuk memastikan kolej Umar ini sentiasa menjadi contoh kepada kolej lain. Tapi, yang anehnya, partition mereka amat bersih cuma langsir yang tidak terikat membuat Adil bising. Adzrif dengan malasnya bangun dan mengemaskan langsir agar kelihat kemas. Faktanya, partition mereka merupakan partition terkemas di wing ini.
“Eh, Adil. Kau pandai add mathkan? Ajar aku. Penin gila aku kat kelas tadi. Tak paham sebutir nasi pun.” Adzrif bangun dan mengeluarkan buku Matematik Tambahan berjenama Success yang boleh kira tebalnya.
“Add math? It is simple bro! Petik jari je.” Adil membuat gaya sempoinya. Adzrif tersenyum melihat telatahnya.
“Okay, function. Aku tak pahamm function ni. Terang sikit kat aku.” Adzrif memulakan sesi study group.
“Function? Bapakk senang. Cikgu ajar kau tidur eh? Hahah. Gurau je. First, kau inverse kan function then substitute je lahh. Apalahh kau ni. Tu laa, kena banyak buat latihan. Pemalas. Hahah.” Adil terang dengan gayanya. Adzrif masih tersenyum.
“Ouh, macam tu eh? Jap, awat aku buat tak dapat jawapan ni?” Adzrif terkial kerana jawapannya tidak sama dengan jawapan belakang. Dia seperti cacing kepanasan. Sungguh gelisah.
“Cuba kau check elok elok. Ada something wrong tu. Bro, aku nak chau dulu ni, ada game bola. Bye sayang. Hahaha. Ada apa apa, check buku tebal tu.” Adil siap memakai pakaian bola lalu meninggalkan Adzrif dalam keadaan terkial-kial.
“Huh?” Adzrif memandang belakang. Kelibat Adil sudah tiada. Dia meletakkan pen. Memicit bahagian tangan yang lenguh. Dia memandang katilnya.
“Hmm, katil ni nampak macam best lah.” Dia merangkak keatas katil. Dan rebah. Sungguh. Dia sungguh penat.
*******************************************
Adzrif tekun membuat latihan Matematik Tambahannya tanpa menghiraukan orang sekelilinya. Buat apa dia ingin melihat orang sekelilingnya. Semua berdekatannya lelaki. Di MRSM TGB, lelaki dan perempuan prep secara berasingan. Sebab itu lah maktab ini dipanggil bumi tarbiyah.
Halim, dari jauh melihat rakan rakannya. Tetapi perhatian lebih kepada Adzrif. Ya, Adzrif kelihat kelam disudut kelas. Halim membuka langkah menuju ke jasad Adzrif.
“Adzrif, kau okay tak ni? Ermm, kau tak paham soalan Add Math eh? Aku boleh guide kan. Aku tak lah pandai mana. But at least, I can lend my hand?” Halim, pelajar yang amat disegani. Memang layak dia memegang jawatan sebagai Presiden BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani).
“Haa, alhamdulillah. Terima kasih Allah. Okay, aku tak paham yang ini. Pasal function. Aku dah subtitute, then inverse. Tapi still tak dapat jawapan betul. Jawapan merepek adalah.” Aku cuba menerangkan situasi yang aku hadapi perlahan- lahan.
” Ohh, kalau macam ni. Kau salah substitute. Nampak tak? Kau ambik function lain ni. Tak hairanlah tak dapat jawapan. Okay, kita buat semula perlahan-lahan.” Lembut dan sedap telinga dengar. Halim mengajar bagaikan angin yang sepoi sepoi bahasa. Sangat mudah untuk difahami. Sesi study group mereka berjalan dengan lancar pada malam itu. Alhamdulillah, Adzrif berjaya siapkan soalan tersebut!
“Bro, jom makan. Lapaq laa pulak.” Halim mengajak Adzrif minum malam selesai sahaja sesi prep malam tamat pada malam itu. Adzrif mengangguk tanda setuju. Selesai kemas, mereka beredar bersama-sama.
“Bro, awat kau ajar aku add math macam paham gila eh?” Adzrif memulakan topik sambil menuju ke dewan selera putera. Halim senyum sebelum memulakan bicara.
” Mengajar Add Math ini ibarat kita berdakwah. Kita tak boleh ajar add math kasar – kasar. Sama macam dakwah. Ajar add math kita kena step by step and follow up orang tu. Sama macam dakwah. Bila kita berdakwah, kita kena follow up perkembanagan dia. Bukan tinggalkan depa . Kan?” Sangat berhikmah penerangan daripada Halim. Baginya, berhikmah perlu dalam berdakwah.
“Betul lahh. Jap, kau pernah baca novel tak? Adzrif bertanya.
***************sambungan**************

Friday 15 April 2016

HEBAT DALAM MATEMATIK

Matematik merupakan subjek yang paling menyeronokkan. Tapi tak semua orang yang suka akan subjek tu. Ada pulak tu ada sebahagian besar daripada kita yang takut akan subjek matematik. Memang kadang tu ada masa kita berasa buntu untuk menyelesaikan masalah matematik tapi yang syoknya bila kita dapat selesaikan suatu masalah matematik tu dengan jayanya walaupun terpaksa memerah otak dengan lama. Aku suka matematik tapi aku bukan seorang yang hebat. Menipula kalau aku kata aku tak pernah fedup masa jawab soalan matematik, kadang tu hentam kromo je aku jawab, janji dijawab, janji siap..hahahaa. Jeles rasanya dengan orang yang memiliki tahap penyelesaian matematik dengan cepat, otak depa dah macam kalkulator, kalkulator pun kalah.

Sebenarnya untuk hebat dalam matematik, kita boleh bentuk sedari peringkat awal kanak-kanak lagi. Tapi pendedahan tersebut perlu berterusan jika mahu keberkesanan yang luar biasa. dalam perot ibu lagi pun boleh didik si comel tu. Maka dengan mudah penerimaan itu berlaku. Kata orang melentur buluh biarlah daripada rebungnya jadi disini sama je konsepnya. Ini seperti Sofia Kovalevskaya daripada Rusia yang bijak matematik. kelebihan Sofia dapat dilihat sedari peringkat usia kanak-kanaknya.

Untuk hebat seharusnya apa perlu buat:

1. Latihan
Matematik perlu banyak buat latihan. Ianya bukan seperti subjek sejarah yang perlu dibaca dan dihafal setiap peristiwanya tapi matematik perlu memperbanyakkan latihan.semakin banyak latihan kita buat, semakin kita paham dan kita semakin mahir dan kita mampu mengenalpasti setiap permasalahannya dan kaedah penyelesaiannya dengan pantas.

2.Hafal sifir
Hafal sifir ibarat kunci. Kunci yang kita pegang, simpan memudahkan kita membuka pintu matematik. Kenapa?dengan menghafal sifir meyebabkan otak kita pantas mengira. Jadi tak heranlah orang yang hebat matematik memiliki otak yang pantas mengira seperti kalkulator.

3. Senaman
Mengikut kajian, terdapat perkembangan yang signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan dalam matematik. Jadi setelah bersenam ianya mencergaskan daya kemampuan otak manusia bekerja untuk menyelesaikan suatu permasalahan.

4. Azam
Jika anda mempunyai minat untuk menjadi hebat dalam matematik pastikan anda memiliki azam yang tinggi. bila ada azam yang tinggi dapat meningkatkan daya usaha anda dan tidak mematahkan anda untuk lebih berusaha dalam mempertingkatkan penguasaan anda dalam ilmu matematik ini.

Credit to :

3 Tips Matematik ADI PUTRA ( Genius Matematik Islam )


Sunday 10 April 2016

Perkara Yang Perlu Ada Ketika Belajar Matematik

Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. :)

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya).

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu,:) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?
Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.




7 LANGKAH MENJADI PELAJAR HEBAT MATEMATIK SPM

1. Ketika guru mengajar di kelas, berilah sepenuh perhatian kepada apa yang guru ajarkan. Pastikan anda memahami segala-gala yang diajar oleh guru anda. Jika anda tidak faham sebarang topik, bertanyalah terus kepada guru atau kawan-kawan dengan serta-merta(ketika kelas berlangsung) atau pada hari yang sama apabila keadaan mengizinkan. Sikap suka bertangguh-tangguh untuk bertanya apabila tidak faham adalah punca utama kenapa pelajar semakin sukar mengikuti subjek tersebut, dan seterusnya menyebabkan kehilangan minat untuk menguasainya.
2.Setiap pelajar memerlukan beberapa buah buku rujukan kerana buku teks semata-mata adalah tidak mencukupi.
3. Apabila mengulangkaji sesuatu bab baru buat pertama kalinya, pelajar hendaklah membaca nota-nota di dalam buku rujukan dahulu. Pastikan pelajar memahami konsep bab itu dan cuba menghubungkan dengan apa yang telah diajar oleh guru di sekolah.
4.Pelajar perlu tahu bagaimana untuk menggunakan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan soalan-soalan latihan. Perhati semua soalan contoh di dalam buku rujukan. Pastikan bahawa anda faham bagaimana setiap soalan ini diselesaikan, langkah demi langkah. Jika tidak faham, segeralah bertanyakan kepada guru, rakan-rakan atau dapatkan bantuan melalui internet (Youtube/ forum/ Facebook group dll).
5. Kemudian, pelajar perlu melakukan banyak latihan. Belilah buku-buku latihan tambahan jika perlu. Anda boleh bermula dengan membuat soalan-soalan topikal (topik demi topik). Apabila anda telah memahami semua topik, teruskan dengan melakukan kertas ujian model SPM, soalan percubaan tahun-tahun lepas dan paling penting, soalan SPM beberapa tahun ke belakang . Semua set soalan di atas seharusnya boleh diperoleh di kedai-kedai buku berdekatan. Selepas melakukan latihan ini, rujuklah kepada jawapan yang diberikan, termasuk dengan pembahagian markah yang sewajarnya (jika ada).
6. Apabila melakukan ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan, anda sekali lagi perlu melihat sepintas lalu soalan-soalan contoh bagi semua bab dalam buku rujukan. Jika anda terlupa konsep mana-mana topik, ulanglagi dan teliti balik nota di dalam buku rujukan untuk bab itu.
7. Kertas Matematik SPM juga akan menguji beberapa topik daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 , selain daripada topik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Jadi pastikan anda jangan lupa topik tersebut.

Saturday 9 April 2016

7 Tips Belajar Matematik Lebih Mudah

 Ramai pelajar jika ditanya mengenai subjek yang paling sukar, jawapannya adalah “Matematik” atau “Matematik Tambahan”.
Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi mereka atau dengan kata lain macam mana nak belajar Matematik cara mudah? Sebenarnya tak pasti apa jawapan yang paling tepat, tapi apa yang pasti, terdapat pelbagai cara. Antaranya:

1. Ubah persepsi atau mind set yang mana menganggap Matematik itu susah atau killer subject. Persepsi begini timbul apabila kita mendengar luahan kata para senior terdahulu yang sengaja menakut-nakutkan kita. Abaikan sahaja mereka.

2. Sukakan Matematik. Bina minat dalam subjek ini. Kalau dah suka, memang semua jadi mudah:)

3. Belajar dalam bahasa ibunda. Sebenarnya bahasa tak penting, yang penting penerangan yang jelas dan boleh difahami. Kalau penerangan guru dalam Bahasa Inggeris, tapi kita tak faham pun tak boleh jugak kan? Jadi lebih baik suruh guru kita guna bahasa yang kita sendiri mudah untuk faham.

4. Fokus semasa pembelajaran berlaku. Kemudian perlu juga untuk faham apa yang dipelajari. Kalau tak faham, jangan tangguh-tangguh, segera bertanya pada guru untuk penerangan yang lebih jelas.

5. Latihan setiap hari sekurang-kurangnya 3 soalan. Bak kata orang, “practice makes perfect“.

6. Ulangkaji selalu. Dah kalau buat soalan setahun sekali, mana nak faham kan? Rajin-rajinkan diri tengok nota, ulang latihan yang sama pun tak apa. Agak-agak tak faham cepat-cepat la tanya orang yang lebih faham contohnya kawan-kawan atau guru.

7. Hafal sifir. Master kan diri dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dengan baik. Ni hanya basic Matematik, ok!

YES, MATH IS EASY:)


Sesi Pertama UPSR dan SPM -Addmaths (EX)

Alhamdulillah, Kelas UPSR & SPM-Addmaths (EX) sesi pertama berjalan dengan lancarnya.





Sedutan video boleh layari link di bawah

https://www.facebook.com/PusatTuisyenDidikIkhlas/