Wednesday 9 January 2019

Panduan Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan

Panduan Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan
===========================



Menurut pengalaman ramai pelajar atau guru/ pensyarah, biasanya pelajar yang berjaga lewat malam atau stay up belajar sampai pukul 2 atau 3 pagi jarang-jarang sangat yang jadi best student, yang gagal mungkin ramai.

Kebiasaannya yang jadi best student adalah yang bangun tidur awal, seawal 5 pagi dan tidur pun awaltidak lewat dari jam 11.00 malam. Samada anda student atau bukan student, pukul 4 pagi- 6 pagi adalah waktu terbaik untuk beribadah, munajat kepada Allah, berdoa dan solat-solat sunat.

Kalau nak study pun waktu itu terbaik untuk menelaah Al-Quran dan belajar dari ilmu-ilmu Allah. Belajarlah benda lain pada waktu lain.
Panduan Dan Tips Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan

Jika anda lakukan ini secara berterusan dan istiqomah, In Sha Allah pada waktu selain itu otak anda akan KEKAL OPTIMUM untuk studi pelajaran-pelajaran lain dengan penuh keberkatan dan bantuan hikmah dari Allah SWT.

Tumpukan waktu 4.00 - 6.00 pagi untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT, bukan untuk studi akademik (melainkan studi Al-Quran dan As-Sunnah). Tetapi seperti dikata, lain orang lain cara belajar, ada yg suka stay up, ada yg suka pagi-pagi dan ada yang fokus dalam kelas sahaja dah boleh skor. Cuma yang penting anda perlu kenali diri sendiri.

Berikut disertakan gambarajah menerangkan tentang "Masa Yang Terbaik Untuk Belajar"

Waktu Terbaik Untuk Belajar

4 pagi hingga 5 pagi - Otak berfungsi 100%

6 pagi hingga 730 petang - Otak berfungsi 50 %

Malam - Otak berfungsi 20 %

Brain Oxygen Level
Sarapan Pagi - 60 hingga 80 %
Makan tengahari - 10 hingga 20 %
Makan malam - 30 hingga 40 %

Tidur waktu malam
Minimum - 6 jam
Maksimum - 8 jam