Sebelum Hari Peperiksaan
- Mohon Restu daripada semua guru, kawan dan warga sekolah dengan meminta dihalalkan ilmu dan didoakan kejayaan.
- Mohon restu daripada ibu bapa
- Mengetahui tempat duduk dan angka giliran.
- Membaca, memahami jadual dan peraturan peperiksaan.
- Memastikan kesemua alat tulis mencukupi.
Amalan di malam Hari Peperiksaan
- Solat Maghrib, Hajat, Isyak (berjemaah dengan ibu bapa/penjaga) dan ulang kaji secara santai (ingat format/formula/isi-isi penting)
- Semak jadual dan alat tulis (betul & lengkap)
- Tidur awal dan berdoa bangun awal.
- Solat subuh , solat dhuha dan berdoa (Surah Al Insyirah / Berselawat)
- Bersarapan (menu berkhasiat-makanan Sunnah).
- Datang awal, pakaian kemas, kasut &stoking bersih.
- Kawal emosi (amal zikir), bersemangat ke sekolah & elak membawa pelbagai jenis buku/nota tebal.
Amalan di Dewan Peperiksaan.
- Melangkah dengan kaki kanan dan baca Bismillah.
- Pastikan raut wajah ceria , senyum dan bersemangat.
- Hormati dan patuhi arahan pengawas peperiksaan.
- Semak butiran kertas soalan dan butiran diri.
- Baca doa , ayat-ayat Al-Quran, ZIKIR HARIAN yang boleh membantu menenteramkan perasaan atau rasa panik dan mudah menjawab soalan.
- Jawab dengan tenang, sabar dan bersungguh-sungguh. Ingat 3T (tunjuk,teliti&tanda)
- Amalkan cara duduk dan pernafasan yang betul.
- Guna masa menjawab sepenuhnya dan tulisan kemas.
- Guna bahasa yang sopan jika meminta pertolongan atau ke bilik air daripada pengawas.
- Pastikan kertas jawapan dihantar dalam keadaan tersusun dan bersih.
Amalan selepas peperiksaan.
- Ucapan terima kasih kepada pengawas.
- Keluar dewan secara teratur.
- Elak berbincang mengenai soalan atau jawapan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Credit to : http://sumberpendidikan.com/2016/08/31/25-amalan-bijak-calon-upsr-pt3-dan-spm/
Pusat Tuisyen Didik Ikhlas
'Empower Your Basic Maths'
013 918 8483
'Empower Your Basic Maths'
013 918 8483