Peperiksaan
Semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa
di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk
belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara
berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum
peperiksaan.
Memandangkan
minggu ini bermulannya peperiksaan UPSR. Saya akan kongsikan tips
ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Tips ini in sha Allah boleh
membantu anak-anak dalam mengulangkaji dengan berkesan.
1. Semak Jadual Peperiksaan.
Pertama sekali, semak jadual (highlightkan subjek yang akan dihadapi)
anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari
situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana
terlebih dahulu. Fokus subjek yang sukar agar dapat seimbang dengan
subjek yang telah dikuasai.
2. Buat Latih Tubi
Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas dan re test
(jawab semula) soalan-soalan Pra UPSR, Percubaan dan yang relevan. Atau
buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana
soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula.
Kemudian buat latihan semula. Biasakan diri dengan masa menjawab kertas
soalan sebagai contoh masa menjawab 1 jam jadi set masa supaya selaras
dengan masa peperiksaan. Hal ini membantu murid untuk pengurusan masa
ketika peperiksaan sebenar.
3. Tetapkan matlamat ulangkaji
Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji.
Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi
tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut.
Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi
pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.
4. Fahamkan subjek
Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan.
5. Masa rehat dan kesihatan adalah penting
Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu
perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan
fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5
jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana
otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh
berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh
ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar
bilik atau rumah anda. Banyakkan minum air mineral dan susun jadual
beriadah sebab badan cergas otak cerdas.
6. Tulis dan Imaginasikan
Baca
satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri.
Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta pemikiran yang mudah anda
fahami.
7. Soal jawab dengan rakan
Kebaikannya
adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda.
Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Sebagai
contoh ada yang mengunakan kaedah guru muda yakni rakan2 membantu dengan
cara mengajar apa yang dia kuasai. Secara tidak langsung kefahaman yang
ada itu meningkat.
8. Jaga hubungan dengan Allah, Guru-guru dan rakan
Hendaklah
murid-murid menjaga hubungan dengan ketiga-tiga ini kerana apabila
usaha telah dilakukan dengan gigih disusuli dengan doa dan ibadah yang
dilakukan. Semoga kejayaan milik kalian.
Kepada
ibu bapa berikanlah sokongan dan bantuan kepada anak-anak yang sedang
menghadapi peperiksaan. Doakan lah mereka menjadi anak yang baik dan
cemerlang dalam akademik.
Kepada guru-guru teruskan usaha membantu anak-anak murid berjaya. Tahniah dan terima kasih cikgu.
Kami di PTDI mendoakan kejayaan adik2 semua dalam peperiksaan akan datang. Aminn Ya ROB..
-----------------------------------------------------
📌 Klinik Rawatan & Pemulihan Matematik
🎓 Empower Your Basic Maths
📍 Berhampiran Tesco KB
✅ UPSR PT3 SPM
📱 013 918 8483
📧 didikikhlas@gmail.com
🔊 Pendaftaran dibuka setiap tahun